Sunday, February 28, 2010

Jalur lebar dan aku

Internet adalah sesuatu yang baru bagi saya. Langkah pertama ayah saya membeli broadband. Hanya broadband tanpa 3G sahaja yang dapat digunakan di Perkampungan Lepar. Ini kerana talian di sini tidak sebaik di bandar. Walaupun kami berada di dalam Daerah Pekan, iaitu Daerah Perdana Menteri Malaysia, talian Streamyx, WiFi dan lain-lain tidak disediakan di sini. Hanya broadband dengan signal hijau sahaja yang dapat dan selalunya merah sahaja apabila saya melayari internet. Setelah ada broadband saya mula membuat e-mel yang pertama iaitu, m.farhan_aan@yahoo.com . Pada bulan Oktober 2009, jiran kami En. Abdullah Adnan menyambung pengajian PHD di New Zealand dan beliau ke sana bersama-sama keluarganya. Untuk berhubung dengan mereka, saya perlu belajar lebih lagi mengenai internet. Dengan Broadband itulah yang saya gunakan untuk melayari internet dan berhubung dengan mereka.

Seterusnya saya mula membuka blog ini cikguasna.blogspot.com, brotheradnan.blogspot.com, puterinajwa.blogspot.com untuk mengetahui perkembangan jiran saya itu. Bila selalu membuka internet, saya mula buat facebook, myspace. En. Adnan pula mengajarkan saya bagaimana cara untuk berhubung dengan mereka menggunakan Oovoo, Google Talk dan SkyPe. Oleh kerana talian internet di Perkampungan Lepar sekejap ada dan selalunya tiada, maka kami hanya dapat mendengar suara tanpa melihat wajah mereka.


Sekarang masa lapang saya telah diisi dengan melayari internet. Dengan hujung jari sahaja banyak maklumat yang saya perolehi. Antaranya ialah untuk menyiapkan folio yang memerlukan sebeberapa banyak maklumat untuk mendapatkan markah yang lebih, mengetahui cuaca dan suhu dunia, keputusan perlawanan bola sepak terkini dan banyak lagi.

Apabila guru ICT saya memberitahu ada pertandingan mencipta blog, saya begitu teruja untuk menyertainya. Ini bukan kerana hadiah yang ditawarkan tetapi kerana mahu mengetahui cara-cara untuk membina blog. Walaupun tidak memenangi pertandingan ini, kejayaan saya untuk membina blog akan terus merubah hidup saya tentang dunia IT. Saya juga sangat berharap agar pihak yang mengendalikan telekomunikasi Malaysia meningkatkan keupayaan talian internet di perkampungan Lepar, agar kami dapat mengenali dunia IT dan tidak terlalu ketinggalan berbanding mereka yang berada di bandar.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang menganjurkan pertandingan ini. Akhirnya saya berjaya menyiapkan blog yang tak seberapa ini dengan bantuan guru-guru iaitu Cikgu Asna, Cikgu Siti Raudah dan Cikgu Durani. Tak lupa kepada kawan-kawan yang sama-sama membuat blog, kerjasama dan saling bantu membantu di makmal komputer akhirnya membuahkan hasil.

Saturday, February 27, 2010

Kelebihan jalur lebar.......

Dengan menggunakan jalur lebar, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak 'download' bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Dalam hal data eletronik pula, kesan yang sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

Wednesday, February 24, 2010

Apakah itu jalur lebar.....?




Jalur lebar merupakan sebuah medium yang mampu menghubugkan sistem telekomunikasi yang berkeupayaan tinggi. Jalur lebar mempunyai spectrum frekuensi yang digunakan untuk perkomunikasian iaitu 'suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz.